Tentang myra

Tentang Pip lagi… March 29, 2009

Filed under: Hobby,Pets — myra @ 12:47 am

Ptg tadi gi Classic pet shop beli present utk Pip…’exercise ball’. Bentuk dia bulat2 (semua org pun tau…), kaler putih transparent dan ade banyk ventilation hole supaya dia x lemas..haha. Harga x la mahal RM13 je..lps diskaun jadi RM12… T_T. Baik betul tuan kedai. Lain kali boleh la bagi 70% less pulak.

Happy je bila tengok Pip dlm tu, pusing2 satu rumah. Takde la terperuk je dlm rmh dia.. mcm tuan dia  ni….T_T. Tapi tidak lagi hari ini! Rasa bersemangat semcm nak tgk movie…Dlm byk2 tu aku pilih Race To Witch Mountain sbb ade The Rock..haha. Memang kelakar! haha…mmm..maksud aku, cerita tu kelakar!!

Waaaaaaaaaaaa!!!!! dah mengantuk sgt mata ni tapi saja paksa diri..kenapa ek? takde apa2 sebabpun..huhu…adakah sbb weekend? mungkin jugak!! ye mungkin! T_T mengarut lagi…Thanks to Sarah sbb layan aku tadi..kami borak smpi 1 jam lebih..daripada xde benda nk borak, jadi pjg pulak..haha. Till later..nite!

 

…jcard day, pip, Labuan March 28, 2009

Filed under: Activiti weekend,cuti,Pets — myra @ 12:18 pm

1. Khamis hari tu J card day kat Bkt Raja…ahahaha. Dari gelak aku, korang dah tau aku gi..Tak payah lah aku cerita, aku beli apa. \(^o^)/ Tapi rasa puas hati murah la…erm..wlupun x dpt beg baru..T_T.

2. Aku belajar sesuatu hari ni ttg Pip,

Jgn tertipu dgn gaya dia tidur yg kita sangka dia sakit sbb bila kita kejut, dia x bangun2. Cara nak tau dia sakit ke tak, letak food betul2 depan dia (spt cth foto di bawah). Sebenarnya, bkn la sesuatu yg baru…cuma aku dah tertipu lagi sekali..haha.

Sebelum dapat food….(kejut pun, dia buat x tau..Huh! X hormat dgn tuan dia! T_T)

pip yg bulat

pip yg bulat

 Selepas dapat food…..

Pip makan limau bali

Pip makan limau bali

3. Rasa x sabar nak gi Labuan!!!! Orang kata, kat sana xde apa2 yg menarik…Kalau macam tu, kami yg akan jadikan percutian ni menarik!! Pedulikan! (^^,)
 

Sambutan Maulud TBJ March 22, 2009

Filed under: Activiti weekend,cuti,tarikh bersejarah — myra @ 1:52 pm

715 am

Ngantuk ngantuk ngantuk! sejuknya pagi2 memang sedap tidur balik…hehe.

740 am

Dengar akak aku bising2 suruh anak2 dia cepat bersiap. *sambung tidur*

755 am

Dengar lagi akak aku bising dgn anak2. ” ….2 tahun sekali je. Bla  bla. Aku pun gagahkan diri bangun. Bukan sebab terpaksa. Tapi apa akak aku kata ade benarnya. 2 tahun sekali je ade perarakan, rasa rugi plak kalau x ikut serta. Mandi lebih kurang, siap2 lps tu gi tempat berkumpul. Hmm..semua org dah ready kecuali aku & Nurul…kiki.

semua sedia!

semua sedia!

 

3 dara =)

3 dara =)

 Agak jauh gak pusing satu taman tu, kona sini kona sana. ..berpeluh2 aku. Ni kali kedua seingat aku sejak tinggal sini. Perarakan ni ikut zon2 atau no jalan. Kami ni zon 6, pakai baju kaler hitam. Tengok zon2 lain semangat giler dengan baju yg colourful, mcm2 gaya ade, berselendang  segala. Jangan harap la nak dapat juara macam ni..eheh! Tapi bukanlah matlamat sebenar perarakan ni nak menang perbarisan kan? Ingatan kita pada Rasulullah tu paling utama, nilah tujuan kita sambut Maulidur Rasul.

 

 

Purple team

Purple team

910 am

Perarakan tamat kat dataran surau. Bersarapan.

1010 am

Majlis bermula dgn ucapan2. Nasib baik pendek je. Nasyid.

1035 am

Ustaz Asri (Rabbani) bagi ceramah. Isi ceramah ialah tentang kisah Rasulullah saw, sifat2nya dan betapa sukarnya Rasulullah menyebarkan agama Islam. 

Dan paling menyentuh perasaan, bila ustaz bacakan 1 hadis yg menyatakan Rasulullah paling cintakan umat akhir zaman. Sabda baginda, walaupun umat akhir zaman x dapat melihat aku, tapi mereka tetap beriman kepadaku”. Sehingga saat2 kewafatan, baginda tetap ingatkan umatnya dan memohon paada Allah utk menanggung kesakitan sakaratul maut bagi pihak umatnya. Walaupun, dah banyak kali dengar kisah ni, tapi tetap rasa sebak bila dengar ustaz Asri bercerita. Wallahua’lam.

Antara kisah2 lain ialah mcmana Rasulullah melayan fakir miskin walaupun seorg Yahudi, mcmana baginda melayan isteri2 dan sifat tawaduk baginda.

Ustaz Asri & Rabbani

Ustaz Asri & Rabbani

 1115am

Persembahan dari Rabbani.

1145 am

Penyampaian hadiah. Kami dapat banner no 2 terbaik..(^^,)

 ~Cinta sesama pasangan, selalu kita ingat dan sebut namanya. Apatah lagi cinta pada Rasulullah. Mari berselawat ke atas baginda~

 

WW11 2009?? March 21, 2009

Filed under: Uncategorized — myra @ 7:45 pm

Hmm…lama xde entry baru..:-) tapi x tau nak tulis apa..life aku begitu routine & mundane…huhu. Jadi, aku rasa baik update pasal pip dan rakan2 (^^,)

Pip makin gemuk. Dah habis 1 kotak food dia. Kena beli baru ni..kuat makan betul si pip ni…kalau banding ngan honey & coco dulu. Tapi xpelah, asalkan sihat…hari ni terlambat sikit bagi makan, pip tgh tidur terlentang. Aku usik2 dia, x gerak2 juga. 3 @4 kali aku kejutkan dia, biasanya tu cepat je bangun bila kita sentuh dia. Cuak! takkan sakit? tak mungkin mati sbb nampak dia bernafas lagi…Bila dah isi food dlm bekas dia, baru terjaga…Ceh! Buruk perangai! Aku siap terfikir, nak bwk gi vet mana satu.  

Red dan Goldie pulak sama je…macam tak mkn. Aku rasa kena beli food lain lah..xpun mmg diaorg x byk mkn. Yg peliknya hidup je lagi? confuse betul..agak2 dia mkn taik dia semula ke? tapi kalau dah x makan, camne nak ade taik kan? OK2, esok aku kuar gi pet shop…tak leh lengah2 lagi!

p/s Sarah, cactus ko dah ku buang satu..ampun!! tiba2 je mati. Tapi ade lagi satu!!! takpe kan? kan kan? hehe

 

Cafe 9:40am March 10, 2009

Filed under: kejadian — myra @ 10:07 pm

T_T

MALUnya!!!!!!

 

Friend March 7, 2009

Filed under: Kawan,Songs — myra @ 10:01 pm

Pernah tgk A Cinderella Story? Ni salah satu soundtrack citer tu…no 1 dlm carta playlist aku buat masa ni..:-D

 

The least we can do…let’s recite tis doa March 7, 2009

Filed under: In my head — myra @ 2:00 pm

 Ya Allah…Kau tetapkanlah iman saudara2 seagamaku di Palestine dan Lubnan, Kau semarakkanlah semangat jihad mereka…Kau tiupkanlah kekuatan rohani dan fizikal ke dalam diri mereka..

Ya Allah..bantulah mereka dalam menjalani kehidupan mereka….bantulah mereka dalam memenangi peperangan ini……sesungguhnya ya Allah..mereka berjuang demi agama islam, bangsa, negara, dan juga maruah mereka ya Allah..

Ya Allah..Kau lindungilah anak2 mereka…para wanita mereka…agar selamat..supaya di hati mereka yang bergelar pejuang itu..tiada gentar, tiada risau dan tenang selalu…

Ya Allah..Kau pertajamkanlah sasaran peluru mereka…..agar padu menembusi tubuh Yahudi laknat itu….kerana mereka itu cuba untuk merosakkan kebenaran agama mu ya Allah..Amin.

 

 

6:04 pm, saat2 akhir seblm balik kerja… March 6, 2009

Filed under: Uncategorized — myra @ 6:06 pm

Takde nampak hasil pun hari ni!!! rasa sakit kepala…geram3..

1.  letih dgn sikap careless diri sendiri! yg akhirnya menyusahkan diri sendiri, pip, red dan goldie..(kalau lah boleh suruh diorg kerja utk sara hidup aku…T_T)

2. letih study benda yg x faham! bila study makin byk lagi benda yg kena faham yg mana terpaksa juga faham , barulah terhasil benda yg faham..:-O pening!

3. letih nak modify kerja org lain, yg satu benda pun x faham! dan bila dah modify, aku makin x faham..T_T.

~ Baru aku sedar, ‘tak faham’ mungkin juga bakat semulajadi aku! ~

 

Betapa kelam kabutnya aku! March 4, 2009

Filed under: Uncategorized — myra @ 10:22 pm

Betul ke aku jenis kelam kabut???

Suatu pagi, bila aku nak beli kuih seblm ke ofis, aku mula sedar wallet aku hilang. Puas cari dlm beg, aku sedapkan hati yg wallet tu mungkin tertinggal kat ofis. Sampai kat ofis beria aku cari dlm semua drawer, smock tp tak  jumpa gak. Balik semula ke momo, cari bwh seat takde juga. Dah mula cuak  T_T. Aku risaukan kad kredit je..huhu..Dgn x fikir panjang lagi, aku terus call bank utk block sbrg transaction..kot2 betul org curi. Siap report dgn pak guard. Muka pak guard tu punya la bersimpati bila aku kata wallet hilang..simpati aku…….Kat ofis, x puas hati lagi aku check semula dlm beg..tu pun lepas Linda suruh check semua betul2..kiki. Dan mcm yg korang dah sangka, wallet tu ade dlm beg jugak..:p.. kelam kabut ke aku????keh keh.

Moral : Jangan beli beg yg banyak sgt compartment…kalau nak beli jugak, kena label apa isi dlm tu atau simpan wallet dlm compartment yg sama SAHAJA!!! OK??? :-D .

Kelmarin, aku kehilangan kunci rumah dan terkunci dlm rumah. Menjajar aku cari…jam dah  lebih kurang pukul 830pg..T_T…Biasanya diorang gi sekolah, tak kisah pun nak lock grill. Hari tu mengada pulak gi kunci..huhu. Aku agak kunci tu dlm momo, sbb selalu gak tertinggal. Tapi seblm2 ni x pernah ade masalah terkunci pun sbb diorg x pernah kunci grill. Takde pilihan lain, aku susah payah keluar pintu belakang dgn berselipar saiz budak umur 6 tahun. Gi la pusing sampai depan rumah, check kat dlm momo xde juga..huhu. Takkan nak patah balik ke pintu belakang. Nasib baik teringat kunci rumah sebelah tu sama. Dgn rasa malu2 walaupun x tunjuk muka malu, aku gi pinjam la. Siap2 semua, cepat2 gi kerja. Dan korang tau kat mana kunci aku? Dalam beggggggg!!!! T_T.

Moral : Jangan beli beg yg banyak sgt compartment…kalau nak beli jugak, kena label apa isi dlm tu atau simpan wallet dlm compartment yg sama SAHAJA!!! OK??? :-D .

Dlm erti kata lain, CARI BETUL-BETUL DULU!

 

Red dan Goldie March 1, 2009

Filed under: Hobby,Pets — myra @ 10:37 pm

Ptg tadi cadangnya nak gi minum dgn Com, tapi x jadi sbb bf dia ajak keluar..huhu. Takde pilihan, aku pun saja2 keluar ambik angin dan gi isi petrol. Sampai kat pump station, hujan turun dgn lebatnya..:(. Ingat nak try ronda2 Shah Alam, cari seksyen 18. Terpaksa ubah plan lagi…Teringat pulak ade kedai jual ikan kat tepi tasik. Kedai ni memang sangat besar, macam2 ikan ade jual termasuk baby shark! Ade juga satu bilik khas utk ikan2 yg bkn utk dijual…kira macam Aquaria la…tapi yg ni gerenti free je..tak payah bayar tiket mahal2 :)  .

Kali ni xde la aku nak masuk lagi, sebab ramai sgt org. Dan kat sini, banyak sangat pilihan ikan2 kecik yg cantik. Fikir2 balik, disebabkan aku ni xde pengalaman jaga ikan, jadi aku pun pilih ikan guppy, sama dgn Sarah. Senang nak mintak nasihat ttg penjagaan dr dia nanti..hehe. Seekor harga RM1.20…for a start, try ambik 2 ekor male guppy…jadi la nama ‘Red’ dan ‘Goldie’ sempena kaler ekor dia yg merah oren (x kira! x kira! aku rasa nama Red tu mcm cool je…hehe) dan kaler gold..:-D.

Beautiful Red (Untuk tujuan ilustrasi sahaja)

Beautiful Red (Untuk tujuan ilustrasi sahaja)

Sikit info ttg guppy (Guppies.com) :

  • Approximately twenty percent of the aquarium water should be siphoned out and replaced once a week. Siphoning water from the bottom of the tank is important since removing water from just the surface does not get rid of debris. Most pet stores sell siphons that vacuum out waste and leftover food from the aquarium bottom –> rasanya x perlu sebab aku bela dlm balang aje..Buang 100% air lagi senang..hehe.
  • The recommended pH level of the aquarium water needs to be between 6.8 and 7.6. The most desirable range is between 7.0 and 7.2. Kits to test and adjust the pH level of the aquarium water are available in most pet stores. Taking time to check pH levels is an important part of maintaining a healthy tank for your guppies. –>erm, baru tau..jadi x beli pun pH kit tu..hehe..Aku rasa air dr water filter ni berpH 10..gulp!
  • Baby brine shrimp are a high protein favorite of the guppy. These tiny eggs can be hatched at home and fed as a supplement to flake fish food. They should not be fed exclusively because they are mostly protein and do not contain other required nutrients. The same article says baby brine shrimp eggs are available in most aquarium supply stores. –>sampai kat rumah, baru perasan aku dah terbeli goldfish food which contains 30% protein. Ok lah tu kan???
  • Another popular guppy food are white worms. These little worms are often found under stones and in decaying plant matter along the Atlantic coast. Various species of white worms are also commercially bred in refrigerated units that maintain a temperature between 45 and 50 degrees Fahrenheit. The same article recommends keeping white worms alive with a diet of cracker crumbs, bread crumbs, or powdered milk.–> Ohoho! mana nak kucari ni??? Ulat gonggok aci x?
  • “Guppy Care” recommends providing guppies with several small feedings each day as opposed to one large feeding. This is especially important if there are baby guppies in the tank. Adult guppies that are not getting enough food may eat the babies. The article also mentions that feeding more often will ensure baby guppies are getting the proper nutrition for growth and development–> betul3..yang ni aku setuju.
  • With regular aquarium cleaning and maintenance, guppies will remain healthy. They are a pleasure to own and add a lot of beauty to an aquarium. Breeding and caring for guppies is a great hobby that can be very rewarding. It is no wonder why guppies are one of the most popular freshwater aquarium fish.–> tuan punya sangat bangga ade 2 ekor guppy yg comel menemani di rumah (^O^)/
 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.