Tentang myra

I am single… September 25, 2009

Filed under: Uncategorized — myra @ 9:31 pm

Selalu terfikir, mcmana nak manfaatkan waktu muda (muda ke??? huhu) dan waktu2 single yg ade sekrg ni..sebelum terlewat. hehe.. Kalau rasa masuk akal, korang boleh la cuba.

1. Shopping

Hish!!! mcm xde benda lain dlm kepala…teruk3..Yg ni x payah elaborate dah…semua dah faham..:-D. Bawak je kredit kad, x yah risau2 cukup cash ke tak…lagipun aku lagi suka sbb tiap bulan dapat statement, tau kat mana kita spend.

2. Jadi peramah atau buat2 peramah

Memang susah ni..hehe. Buat la baik dengan sesiapa je, kat tempat kerja khususnya, dgn makcik cleaner ke, org lab ke, tech ke…Yang ni aku suka sbb bila terserempak, dia akan senyum, kita pun senyum, hidup pun ceria! Walau stress ke, bila org senyum dan kita senyum balik, rasa senang je hati. …

3. Vacation

Dlm setahun, plan la at least 2 kali ke..gi ngan kawan2…local pun xpe. Tapi bila cuti ngan kawan2 ni, selalu kena tuduh student…hehe. Dulu2 rajin gak tgk Destinasi Budget tu, boleh dapat idea tempat2 yg menarik dgn budget RM 300.. Hmm..tapi selalu terlebih capai..heh! Dapat gi dgn family pun best!!

4.Tanam pokok/sayur

Yang ni aku memang fail!! Pokok yg paling susah nak mati mcm cactus tu pun bila aku jaga, jadi bantut lps tu kering..huhu. Tapi aku kagum dgn kawan aku sorang yg dok kat Perlis nun :-p….hai..orkid dia keliling rumah, x payah pasang pagar..lepas tu siap tanam sayur lagi…haih..kagum3.

5. Spa

Suka3! buat beberapa bulan sekali…hmm..plg kurang pun shoulder and foot massage je. Betul2 relieved!

6. Blogging

Yang mcm aku buat sekrg ni!…boleh share apa yg kita experienced, boleh share buah fikiran..

7. Banyak2 amal jariah

Sedekah dan amal jariah ni bkn utk masa kat dunia  tapi akhirat jugak..buatlah sebyk mana yg kita mampu. Selalu aware dgn bencana alam yg berlaku kat Msia atau negara jiran, ataupun kat Msia ni banyak nak dirikan sekolah2 tahfiz atau anak2 yatim. Kalau ade niat, semua tu googleable…

8. Saving

Masa sekarang le nak mula simpan duit…jangan tangguh2! Dapat je gaji, terus put aside certain amount dekat bank lain. Kalau ikut rule of thumb, simpan 10% dari gaji kita. Takpun, bukak trust fund account…

9. Learn multi language

Tak tercapai lagi niat aku yg satu ni…lemah3. 

10. Bela pets

Yang ni aku boleh dikatakan separa berjaya..tak seteruk tanam pokok..hehe.

11. Cuba resepi baru/ Belajar masak

Setakat ni cuba resepi2 yg senang dibuat je. Yang leceh2 macam nasi hujan panas, briyani lah…dan segala macam resepi mi dan lauk, macam kurang minat je nak belajar..haih…

12. Banyak membaca

Boleh gi kedai buku dan baca free! hehe. Teringat balik buku2 aku yg banyak lagi x terbaca..keke. Mungkin tunggu dalam pantang bersalin yg entah tahun bila, boleh la habiskan baca..hehe. Bagi aku, biar le buku yg kita baca tu variety, ade novel, buku agama, motivasi,….

13. Makeover

Total makeover!! Ya a’au..! Teringin je..tapi belum pernah buat lagi!!! Cthnya, manicure, pedicure, tukar hair style kot2 nak bagi highlight sikit…hehe.

14. Habiskan 1 hari dengan camera

Ni biasa buat, tapi dah lama gak tak buat. Gi je mana2 tempat kat dlm Selangor ni, tak kira la menarik ke kurang menarik ke, pergi je lah! Akan jadi menarik dengan ade kamera! Betul! Tak tipu! Gi ikea je pun boleh!

15.Aware of upcoming events down town

 Google OfferStation

16. Mula ber ‘bisnes’

Suatu masa nanti..tapi seronok tengok ahli keluarga aku yg rajin2.  Boleh mula dengan sikit2 lps tu jadi besar.

17. Clean up ur wardrobe :-p

Bagi baju2 yg dah lama x pakai pada org yg memerlukan. Tapi baju tu mesti la dlm condition yg baik lagi, baju koyak, hilang butang tak elok le. Alasan yang baik juga utk bagi space utk baju2 baru…. Ahah!

18. Movie marathon

Jarang2 buat. Boleh le diamalkan.

19. Beli rumah sendiri!

Haih…bila agaknya?? No. 8 x cukup lagi T_T. Bulan2 pun x mampu bayar.

20. Slumber party

Kalau rumah sendiri, atau bukan duduk dgn family atau housemate takde ke, boleh le invite kawan2 dtg tidur sama. Tgk movie sampai pagi, gosip, makan, gosip, makan,gosip….etc.. 

21. Tukar ‘status’

Akhir sekali…ye K.A.H.W.I.N dan dapat baby!

26 Sept 9:40 am

Nak tambah point!

22. Libatkan diri dlm aktiviti kemasyarakatan

Contohnya, boleh libatkan diri dlm aktiviti yg taman organize ke..mcm majlis khatam ke, Maulidur Rasul ke, sukaneka ke…Boleh la kenal jiran2 tetangga walaupun asyik x ingat nama org2 tu..hehe. Lagi satu, aktif dlm mana2 pertubuhan…cthnya www.IsmaPJ.com

P/S : Kalau rasa nak hidup yg bermakna, buatlah aktiviti yg bermakna!

 

Ramadhan hari terakhir… September 19, 2009

Filed under: Uncategorized — myra @ 6:57 pm

Ahah!! yg seronoknya kat rumah sorang2, sukahati aku je nak bangun lewat. Pagi tadi lebih kurang kul 10 baru bukak mata, gosok2 mata mcm x caya aku bangun lambat..hehe..duduk lambat2 lepas tu terpejam semula, tertonggeng plak! mcm2 gaya malas ade…hai.nikmatnya hari raya! Dlm mamai2 aku tgk tv terpasang rupanya, ade plak Ultraman. Bila la nak pencen!!

Perkara pertama, cuci baju! kemas2 rumah lps tu kuar ambik baju raya..! wee…!! X sempat le aku nak cuci, main pakai je la esok..hehe. Lepas tu ke rumah kakak, hantar dia gi beli coffee table dan ke Tesco beli table runner kata dia, tapi biasa la kan…tu cita2 je..jumpa benda lain pun dia sapu…haih!..

Waktu ni 6:54pm, hujan kat luar rumah, rasa malas nak gerak ke Bangi. Buka je apa yg ade kat rumah…roti oat lebih buat puding roti caramel tadi ade baki..minum ngan air panas pun ok la buat alas perut. Sampai Bangi nanti baru mula makan proper..Xpun makan mamee..T_T sama mcm sahur pagi tadi la pulak…Syahdu je..T_T ..Korang try la perasa kari kapitan..huh!! berapi!!..

 

Se’malam’ sebelum malam raya September 18, 2009

Filed under: Uncategorized — myra @ 11:33 pm

Waktu org semua dah balik ke kampung atau otw balik kampung, aku masih kat sini, tgk Hellboy, masukkan duit raya dalam sampul dan update blog..Ye, sorang2. Kak Lin dan anak2 dah balik Sri Wangi, rmh mentua. Aku x buat keputusan lagi bila nak balik kampung….

Selamat Hari Raya semua…! :-)

 

Hati… September 15, 2009

Filed under: Uncategorized — myra @ 11:45 pm

Bila org x tentu pasal suka menuduh tanpa usul periksa, selalu menyalahkan org lain sedar atau tanpa sedar, mengeluarkan ayat2 yg menyakitkan dan menusuk hati org lain..aku xkan dpt lupa, xkan dpt berbaik2 dgn dia walaupun kenyataannya dah pun memaafkan..apa boleh buat…bila berulang kali kesilapan yg sama, tiap raya mintak maaf, buat, maaf dan buat lagi…

Kalau pun, sendiri stress, mesti ke lepaskan pada org lain?? Pernah x terfikir, kalau sendiri pun perrnah buat silap yg sama. Dan bila aku x dpt nak berbaik mcm dulu, kurang berinteraksi, dimata org sekeliling seolah2 dia sentiasa baik dan aku yg jahat..

Doa aku pada Tuhan, dijauhkan dari sifat yg mazmumah…jgn sekali memburukkan org di belakang …jgn memalukan org didepan ramai kerana kalau kita tutup keburukan seseorg, Allah akan tutup keburukan kita lebih2 lagi..

~Dah bertahun2 simpan dlm hati tanpa luahkan pada sesiapa..X tau bila akan meletup :-) ..kalau meletup sekalipun, org akan tetap menganggap aku yg salah…~

 

Menjelang akhir Ramadhan..:-) September 12, 2009

Filed under: Uncategorized — myra @ 2:09 pm

Rupanya, xde satu entry pun dlm bulan Ramadhan ni…eheh. Nasib baik sempat lagi. Salam Ramadhan utk semua…:-) dalam 10 hari terakhir ni, mesti org berebut2 nak tambah pahala lebih lagi…

Preparation utk raya yg biasa2 je..dah lama tempah baju tapi belum ambik pun lagi. Thn ni, cotton je..sesuai pakai utk gi kerja. Sehelai je yg nampak lip lap lip lap..utk pakai dgn kain batik dari Labuan :-) tapi akhirnya dah x jadi lip lap sbb aku buang semua labuci2..rasa over plak! Biar le aku low profile je…eheh! Kenapa??? strategi utk elak soalan2 yg ‘standard’ bila beraya rumah sedara mara (sila rujuk –> http://tentangmyra.wordpress.com/2009/07/14/bila-dan-kenapa/).

Korang tau tak, sekrg ni merata ceruk org jual crocs dgn rega murah…RM50 pun dapat. Last week ke pasar pagi Stadium SA, ramai org jual. Tapi x tau ler, original ke imitate…nampak ok je. Kalau material sama, kira berbaloi le…hehe.

Sekrg dah x excited mcm dulu2. Bila nak sambut raya je beria2 betul. Ambik cuti sampai seminggu! Main mercun, bunga api segala!! Syoknya!!! T_T rasa mcm nak main pulak! Ade tahun sebelum2 ni,( hmm….x ingat tahun bila) abg aku siap bungkus2 mercun bagi kat adik beradik. Macam hadiah hari raya..siap tulis nama sorang2 lagi..keke. Untung dia balik Tganu raya thn tu, dapat kitorg hadiah mercun sorang sebungkus!. Ntah mana mercun dia ambik, x ingat plak aku..Lori mercun terbalik kot??hehe..Yg paling untungnya aku le, sbb xde anak2 lagi. Satu bungkus tu aku main sorang2 je..hahaha. Pulak tu abg aku memang adil dan saksama. Puas gile. Bila terkenang balik, terfikir perasaan diorg masa tu..ahah! mesti boring gile tengok aku main terloncat2!

Semua tu tinggal kenangan..T_T. Tahun ni, lps raya ala kadar….aku akan menjejakkan kaki ke Medan!!! hoooraay!!

 

~Till then..Miu nak race. Tgh berlatih sungguh2.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.